About Me

My photo
Usj, Selangor, Malaysia
21 years old 8 feb 1990

Monday, January 31, 2011

Segamat Banjir

Segamat banjir. Tak tipu. Duh. Memang x tipu la sbb da keluar berita kott. Tapi still ada orang tak percaya. How dare aku nak buat cerita bencana alam? Plus, bkn 1st time pun Segamat banjir. Daa~

For me, banjir mmg sgt dahsyat. Depan rumah ada playground. Depan playground tu, ada tebing tinggi yang connect dengan tanah lapang yang da rata. Untuk buat rumah i guess. Hujan xhenti2 start dari Isnin lepas. Stop pon kejap je ari Khamis last week. Time tu, tanah lapang tu da jadi macam sungai. Air sgt tinggi. Can u imagine that? Ok. Tak payah imagine. Tgk gambar ni.

selingan gmb Epy yg mati semalam. =(


Ari mcm org tua termenung tgk air


Tu baru hari Khamis kot. Air da macam tu. Time tu, igt da x hujan da. Tapi hujan makin lebat. Non-stop. Hari Sabtu, makin worst. Dari ptg hujan sampai la ke esoknya. Non-stop. Kejap lebat kejap tak. Tgk air kat depan makin naik, hati makin risau. Fikir nak angkat barang naik atas ke tak. Fikir mmg fikir. Tapi kerja tak jalan pun. Sibuh masak lagi sbb perut da bunyi2. Sibuk makan nk penuhkan perut. Sibuk tgk konsert lawak kat tv. Ketawa terbahak-bahak tgk Zizan dgn Johan. Air kat luar makin naik. Playground, air makin banyak.

Pukul 4, Botak msg. Dia cakap rumah dia kat Kampung Jawa da banjir parat dada. WTF? Barulah kitorang start fikir banjir dengan serious. Terus gie rumah Botak nk tgk banjir. Rumah sendiri? Haha. Otw gie rumah Botak, rasa musykil. Tempat lain x banjir pon. Takkan rumah dia da sampai parat dada. Hoho. Jantan keparat tu mmg suka kencing kitorang. Takpe la. Tgk dulu. Baru tau tipu ke tak.

Sampai sana, mmg rasa nak mencarut2. Air lom naik. Tapi akan naik. Org sana da start angkut2 barang pindahkan kat sekolah. Scary kott. Kawasan pokok getah da banjir. Air da dekat separuh pokok. Ok. Baru rasa nak menggelabah. Terus cabut balik rumah.

Hoho. Kitorang mmg da ketinggalan. Taman Utama da kosong. 90% org kat situ da pindah. Selamatkan diri. Adoi adoi adoi. Sumpah buntu tak tahu nak buat apa. Tak pernah kot mcm ni. Sumpah x pernah.

Masuk rumah termenung. Barang banyak. Sume berat2. Tinggal bertiga. Semua badan mmg tuff2 macam Malik Noor la nk angkat barang kan. *gila. Tgk luar, da macam teh ais melambak2. Tak tahu nk start dari mana. Nk angkat mana dulu? TV? Washing machine? Gas? Perghh...

.30pm-Settle. Semua barang da angkat. Mcm impossible. Tapi, bila da terpaksa, sume benda pon boleh jadi. Benda yang susah pon terus jadi senang. *xdelah senang sgt pon act

Next, selamatkan 2 kereta. Kau tak tahu macam mana nervousnya drive dengan air da sampai separuh kereta. Kaki keras. Tangan aku shaking. Ntah pape je aku kan. Biarlah aku nk shaking ke apa. Da mmg aku takut. Keliling air. Kalau kereta rosak mcm mana? Ada duit nk anta repair? Semua jalan pon tutup. Kitorang mmg da terlambat. Nak balik Tampin? Gombak? JB? You wish...  “there’s no such thing sume jalan tutup”. NO WAY. Mmg sume jalan tutup. Jalan putus. Macam mana nak lalu? Kau igt aku bawak lori? Even lori pon stop tepi jalan. Kau nk cakap apa lagi? Kau duduk kat KL  tu paham ke banjir kat kampung mcm mana? Bukan banjir alahai takat buku lali kaki kau. Tolong la. We have no choice. Nasib baik Ari ada pakcik kat Segamat yang duduk kat tempat yang bukan area banjir. Tumpang tidur situ.

Pukul 5pg,Iela call. Dia dapat masuk Segamat. HUH???

Iela datang amek kitorang & tunjuk jalan. Jalan dalam, jalan yang dikelilingi hutan & pokok getah, jalan kecik yang kiri kanan air da nak naik atas jalan. Kalau lambat sikit, mmg da xdapat keluar da. Thankgod...

Gambar banjir semalam x sempat nk amek. Sbb kelam kabut sgt. Gambar2 bawah ni semua dari FB sumone. 


kawasan nak masuk simpang rumah


sungai segamat


kedai makan murah tempat lunch kitorang


kedai jual rokok sebatang & sata sedap


railway


taman tempat Fatin jogging dulu2



bangunan belah sana tu Green Point baru bukak. Siyan dia...

ps:Doakan hujan berhenti, air cepat surut, semua org selamat ye. Do pray for us. Amin... 

Monday, January 24, 2011

Finding Adjla

Yang dalam bulatan merah tu, mangsa liwat. Haha. Okay2. Saja bergurau senda. Adjla jangan marah. Da lama 5 tahun x bergurau senda dengan kau. Hee~

Okay. Ini kisah benar. 24 January-Adjla's birthday. Yea!

"HAPPY BIRTHDAY ADJLA
SWEET 22
MISS YOU SO MUCH!"

ps:Myra wish kau jugak =)

Sunday, January 9, 2011

Gone

6 January 2011,
 Apple da xde... Sumpah wey aku sedih yang teramat. First time nangis sbb binatang. OMG. Tak caye Apple da xde...

2 weeks ago, mama lepaskan Apple main kat belakang rumah. Mmg tiap2 ptg bg dia jalan2 kat belakang rumah. Nnt dia lari2 kat atas rumput. Seronok dapat keluar kot.
Bila lapar, makan rumput yg ada kat situ. Korek2 tanah dalam gila sampai nampak bontot. Bontot goyang2 sebab tgh korek2 tanah. Haha. Comel gila!

Igt lagi date beli Apple kat petshop segamat. Kecik je time tu. Jalan pon x reti lagi. Dulu hidup susah. Xde duit nk beli cage lagi. Nk jimat, so buat cage sendiri jek. Lepas seminggu, Apple da pandai jalan. Bila da pandai jalan, belajar panjat2 pulak. Bila aku masuk rumah je, da xde dalam cage dia. Cari2, rupanya dalam toilet cari air. Haha. Tu la akibat letak air dalam bekas plastik. Asek tumpah je. Da haus, cari air kat toilet. Haha. Comel gila.

Bila da makin besar, da pandai lari rumah pulak. Bgn pagi, da xde dalam cage. Da cari satu taman tp x jumpa. Last2, gie wedding dengan mata sembab sebab nangis Apple hilang...

Malam tu, ada magic kot. Tiba-tiba uncle sebelah rumah datang bawa Apple. Haha. Seronok xtau nk cakap mcm mana. Dia jumpa Apple dalam longkang. Kotor2 badan dia. Nasib baik jumpa. =)

Lepas 2 months, Myra bg hadiah cage baru. Yea!!! Apple da ada rumah. *wink wink

Then time final week, da xde masa sgt nk jaga. So, hantar kat Tampin. Minta tolong famili jaga. Lama-lama, diorang pon da sayang kat Apple. X sampai hati nk amek balik. So, tinggal je kat Tampin.

Tadi adik aku upload movie maker. Dia buat pasal Apple. Fuck. Sedih la gila. Baru faham perasaan orang yang nangis bila kucing diorang mati.

Now ni, rasa serik nk ada pet lagi. pfft.




Will miss you...  =(